? ?general?42 Ratings)??1 Grab Today. 5694 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?????
? ???Rating: 3.1 (22 Ratings)??1 Grab Today. 1905 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger accou BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, November 1, 2009

Semudah ini kah?



“Abang, sy nk jempot selalu r. haha. t abg doakan sy cpt kwen n mudah ble nk kawen n nk uruskan umah tge 2. Sy pon nk doakan abg bhgia bsme c die trcnta.” Lebih kurang begini sms nya.

Tiba-tiba sms ni masuk di inbox ku. Nombor yang tak dikenali. X faham. Risau.

“Uh.. Sape ni?”

Tergerak juga nak berkenalan dengan penghantar mesej. Tapi, oleh kerana tiada kredit membuatkan aku tidak peduli mesej tersebut.

Sudah beberapa hari handset ku tidak berkredit.

Tiba-tiba keesokannya ada orang memindahkan kredit ke handset ku. RM3.

“Ya Allah.. Rezeki.. Rezeki.. Syukur, ada juga orang yang memahami kondisi.” huhu..

“Tapi, siapa pula kali ni? Kali ni no baru. No yang juga tidak dikenali.”

Syukur diiringi ucapan jazakaLlaah ku hantar kepada pengirim.

Pengirim memperkenalkan diri, rupanya junior ku yang sekarang belajar di sebuah institusi pengajian. Dia juga yang menghantar mesej pelik beberapa hari lepas. Selepas diselidik, dia meminta aku mendoakan agar Allah memudahkan usahanya kearah pembentukan Baitul Muslim.

“Baiklah.”

Ku terfikir sejenak. Siapakah gerangan? Kenal bagaimana? Orang mana? Soalan lazim yang biasa menghinggap.

"23 tahun. Asal Ampang. Bekerja di Sibu. Tapi sekarang dia ada di semenanjung, di tahan di wad kerana sakit."

“Macam mana boleh kenal?”, spontan ku bertanya.

“Herm juz dr nset. Dia ada send gambar. Tapi dia tak bagi orang len tengok. Saya pon dah send gambar kat dia. Emaknya saya tak sempat nak tanya nama. Saya nak elak berlaku apa-apa. Walaupun tak berjumpa, tapi hati ni.. Masalah paling berat.....” pengirim memanjang kan mesej.

Ya Allah, sekiranya itu yang terbaik untuk nya dan untuk agama pada pengetahuan Kau, maka tetapkanlah hati nya, kuatkan lah imannya, teguhkan lah kaki nya atas jalan juang, jauhi lah ia dari fitnah dunia. Moga urusannya dipermudah.

Mudah sungguh zaman sekarang ni.


Kisah benar dengan sedikit pengubahsuaian.


Thursday, October 29, 2009

Bait al Muslim




“Maaf, ana tak berminat utk meneruskan perancangan bait muslim yang enta aturkan kerana muslimat tu gemuk dan hitam. Bukan citarasa ana..” begitu bait kata-kata yang menerjah ke fikiran saya sampai ke hari ini. Dan natijahnya, muslimin tadi telah mendirikan rumahtangga dengan wanita yang yang menepati ciri-ciri idamannya. Malangnya wanita itu bukan ahli gerakan Islam. Tapi itu bukan masalah besar kerana dia muslimin, yang menjadi pencorak haluan kelurga. Tapi bagaimana dengan muslimat yang gemuk dan hitam itu…

Unit baitul muslim kurang efisyen dan bias?

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk mengkritik. Tapi kritikan ini adalah semata-mata dengan tujuan untuk memperkasakan unit bait muslim sendiri. Sepanjang mengendalikan kes, saya dapati terlalu lama masa yang diambil untuk mengendalikan satu-satu kes berkaitan baitul muslim. Kebanyakannya mengambil masa berbulan-bulan. Dan jika link baitul muslim dibuat dengan unit baitul muslim di peringkat luar negara, ada yang mengambil masa bertahun. Sampai ke hari ini saya belum mengetahui mengapa kelambatan ini begitu ketara padahal kita sudah ada dunia yang tanpa sempadan, dunia di tapak tangan bilamana kita boleh saja bertanya khabar sahabat kita di luar sana dengan menekan kekunci telefon selular.

Terdapat satu evidence base yang telah saya amati, bahawa ada seorang muslimat yang dulunya merupakan ahli persatuan islam di kampus, sangat sopan dan memenuhi ciri2 wanita solehah. Dia memakai tudung labuh yang menjadi kebanggaan wanita muslimah. Kakinya sentiasa dilitupi dengan sarung kaki untuk menutup permukaan kakinya dihinggapi kotoran debu dan panahan mata lelaki tidak beriman. Saya menjadi sangat terkejut apabila bertemu dengannya baru-baru ini. Apa sudah jadi dengan penghayatan Islamnya, di mana dia meletakkan akhlaknya dulu apabila dia sanggup mendedahkan dadanya apabila mengenakan tudung bawal yang sangat nipis dah diikat ke belakang leher. Tiada lagi sarung kaki menutup kulit kakinya dari sinar ultraviolet. Saya terlalu hairan dan seharian selepas itu saya menjadi sangat takut dan mahu menangis sekuat hati. Apabila saya menyiasat dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi sebenarnya, kakak tadi yang merupakan pegawai kerajaan telah berusaha untuk menggunakan medium bait muslim di kampusnya untuk mencari pasangan hidup. Setelah berusaha, pihak yang mengendalikan kes kakak tadi mengambil langkah sambil lewa untuk menyelesaikannya. Setelah beberapa tahun, kes tadi tertunggak tanpa penyelesaian, kakak tadi menjadi putus harapan dan mula meragui keberkesanan untuk menggunakan unit bait muslim sebagai medium mencari teman hidup. Dan akhirnya akibat persekitaran dan pengaruh sekeliling, tanpa pantauan sesiapa. Kakak tadi hanyut dalam dunianya dan lupa dengan segala yang telah dijanjikan sewaktu dikampusnya. Saya rasa amat sedih dan kecewa mendengar kisah ini.

Jadi saya menyeru dengan sepenuh hati supaya seluruh unit baitul muslim di seluruh dunia supaya bersatu untuk melicinkan perancangan untuk membantu ikhwan dan akhawat membina baitul muslim secara optimum. Ada satu kritikan pedas yang saya dengar dari kampus jiran, “Unit bait muslim di tempat ana hanya membantu muslimat yang memiliki paras menarik dan muslimin yang berpewarakan seperti ustaz”. Alhamdulillah ini tidak berlaku di kampus saya. Lebih mengutamakan mereka yang memerlukan bantuan daripada mereka yang tidak perlukan bantuan. Jika apa yang berlaku di kampus jiran saya itu benar, alangkah malangnya…

Tahap kepercayaan terhadap unit bait muslim.


Semasa saya membuat survey dengan mengedarkan borang bancian untuk unit baitul muslim, satu daripada soalah yang diajukan di dalam borang ialah “Adakah anda percaya dengan unit baitul muslim sebagai medium untuk mencari teman hidup?”. Lebih daripada 80% menulis mereka percaya. Namun malangnya, tidak ramai di kalangan ahli yang betul-betul komited untuk menggunakan unit ini sebagai pemudah cara. Database muslimat lebih ramai diperolehi berbanding muslimin. Akhirnya ini menyebabkan lambakan permintaan dari kalangan muslimat.

Di sebaliknya, muslimin lebih senang jika mereka mencari sendiri calon mereka tanpa menggunakan baitul muslim.Persoalannya, di mana hilangnya muslimin yang tergolong dalam 80% tadi? Sudahlah bilangan muslimin terlalu terhad, yang terhad tadi pula mengambil langkah yang menyebabkan sumber manusia di kalangan muslimin menjadi lebih kecil dan kecil lagi. Namun, bukan semua muslimin yang mengambil tindakan sedemikian.

Persediaan pihak muslimin untuk memiliki lebih dari satu pasangan.

Islam telah menggariskan dengan penuh hikmah dan lengkap bagaimana untuk membantu muslimat yang masih belum berumahtangga. Antaranya ialah dengan memilih jalan berpoligami. Soal adakah isteri pertama bersedia atau tidak itu bukanlah masalah yang terbesar. Tetapi masalah yang paling besar ialah apabila pihak muslimin sendiri tidak mampu untuk menyediakan satu medium yang sesuai untuk membolehkan mereka memiliki lebih dari seorang isteri. Antara masalah yang serius yang masih membelenggu para suami ialah kurang dari segi ilmu dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi. Mungkin para suami di luar sana yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan hasrat mulia ini, bersiap sedialah terutama dari 2 aspek yang telah disebutkan tadi.

Menjadikan faktor fizikal untuk mencari isteri melebihi faktor akhlak.

“Ana nak minta calon isteri yang cantik, putih, dan sebolehnya kurus. Itu yang paling utama…”demikian permintaan yang diajukan kepada saya selaku ajk yang terlibat. Sepanjang pemerhatian ( saya tidak sempat membuat rekod secara spesifik tentang data yang terperinci kerana kesuntukan masa dan beban kerja). Secara keseluruhan, hampir 70% permintaan baitul muslim dari pihak muslimin yang diajukan kepada saya adalah berdasarkan kepada faktor fizikal melebihi faktor yang lain. Saya ingin membawa pembaca ke alam anatomi tentang siapa sebenarnya manusia di sebalik kulit ini? Sebenarnya, Allah telah menciptakan manusia semua berasal dari tanah, “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah, kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”1. Sekiranya kita mengoyakkan satu persatu lapisan kulit (dermis & epidermis) kemudian kita akan menemui lemak (subcutaneous fat) dan kemudian kita bertemu pula dengan otot, saraf dan pembuluh darah serta noda limfa (muscles, nerves, veins, arteries & lymph nodes). Kemudian kita pergi lagi mengembara lebih dalam dari lapisan tadi, kita akan berjumpa dengan tulang-tulang (skeleton). Jadi di manakah kecantikan yang sebenarnya? Kecantikan amat superfisial. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan disimbah asid atau kebakaran kecantikan superfisial tadi akan hilang sekelip mata. Sedar atau tidak kita semua hanyalah ruh yang ditutupi dengan tulang-tulang yang melekat padanya daging dan diselaputi kulit? Yang paling penting adalah ruh atau jiwa yang terdidik dengan akhlak Islam. Tapi malang, ramai yang tidak sedar hakikat ini. Memang amat tidak dapat dinafikan punca utama yang menjadi tarikan seseorang ialah kerana faktor mukanya dan fizikalnya yang lain. Tetapi sudah lupakah ahli-ahli gerakan Islam sekalian, dengan hadith Rasulullah? “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama”.2

Saya sangat memandang tinggi pandangan Menteri Besar Kelantan yang membela muslimat @ wanita secara amnya :Tidak lama dahulu, MB juga mengeluarkan kenyataan mengenai pengambilan bekerja wanita cantik dan tidak cantik bekerja dan kerajaan negeri melalui tutur beliau lebih cenderung untuk mengambil wanita yang tidak cantik bekerja 3. Ada kebenaran yang cuba dibawa oleh MB Kelantan. Siapa lagi yang akan membela nasib kaum muslimat yang mempunyai ‘suboptimal beauty’ kalau bukan muslimin yang telah ditarbiyyah dengan ajaran Islam?. Sudahlah sukar untuk mendapat pekerjaan, susah pula untuk mendapat suami. Saya menggunakan istilah suboptimal beauty untuk menggantikan perkataan kurang jelita.
Ada satu lagi evidence base yang berlaku pada sahabat muslimat saya. Dia merupakan seorang siswi yang memiliki fizikal dan paras rupa yang menarik. Saya hairan, ramai muslimin yang ingin membantu muslimat tadi mendapatkan calon suami. Mereka berpendapat, rugi sangat kiranya muslimat tadi dimiliki oleh orang tidak faham Islam. Jadi tidak rugikah kita jika muslimat yang memiliki suboptimal beauty dimiliki oleh orang yang tidak faham islam? Adakah rugi itu hanya untuk wanita cantik? Alangkah malangnya..

Tempoh masa kesuburan wanita sangat terhad.

Wanita akan memasuki umur tuanya apabila mencapai umur 35 tahun. Ini bermakna ovum yang dihasilkan selepas itu tidak lagi berkualiti seperti ovum-ovum yang dihasilkan sebelum 35 tahun. If the female partner is 35 years or above, fertility is halved. Fertility declines sharply after age of 37.4 (Jika pasangan wanita berumur 35 tahun atau lebih, tahap kesuburan menjadi berkurang setengah dari asal. Kesuburan akan menurun dengan amat mendadak setelah lebih 37 tahun). Dan 1/10 dari bayi yang dilahirkan oleh wanita berusia lebih 40 tahun mungkin akan mempunyai sindrom Down’s.

Saya sangat terkesan dengan maklumat yang diperolehi ini. Jika unit baitul muslim tidak diutilisasikan dengan tahap yang optimum, saya bimbang ramai di kalangan muslimat yang ditarbiyah akan lewat mendirikan baitul muslim. Tambah bimbang lagi jika berkahwin pula dengan lelaki yang tidak ditarbiyyah dan tiada fikrah. Ataupun tidak berkahwin langsung pun. Alangkah membazirnya ovum-ovum yang berkualiti itu. Mungkin ada yang sudah lupa atau belum habis membaca buku Fathi Yakan; “Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan…”5

1. Al Quranul Karim, surah Al Mu’minun, ayat 12-14
2. Hadith riwayat Ibnu Majah
3. Najah Nadiah Amran, Isu mengenai wanita Islam dalam pemikiran MB Kelantan,
Subur, hal 14.
4. Campbell & Monga, Gynaecology by Ten Teachers, Arnold, pg 83.
5. Fathi Yakan, Apa ertinya saya menganut Islam, DPF, hal 68.


Sumber dan di edit : http://permaya.org/yaman/index.php?name=PNphpBB2&file=viewtopic&t=119&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=

~Semuga yang sedikit mendatangkan munfa'at~

Monday, October 19, 2009

Muhasabah kireje..


Hidup tak seindah yang dijangka. -Gambar hiasan-


Ku mengamati hasil carian kerja kosong di internet. Faktor yang dititiberatkan adalah melaka, melaka dan melaka.. Ya Allah, permudahkan usaha ku. Setelah lama ku mengadap laptop untuk mencari, tiba-tiba tersentak hati ku, “ya Allah, aku sedang bekerja sekarang.” -Ye, aku bekerja part time, sementara menunggu grad-. “Kenapa aku buat kerja-kerja yang tak sepatutnya semasa bekerja?”

astaghfiruLlaah...

Tapi, apakan daya, harini boss aku x datang, sedangkan aku adalah assistant dia. Mengkreatifkan pemikiran. Cuba mencari tugas-tugas lain, sebagai mengisi masa sebagai pekerja. Akhirnya aku mencapai sebatang penyapu. Walaupun dengan pakaian “smart” bertali leher, aku ke bahagian belakang untuk memulakan hayunan sapuan.

“Menyampah aku, takkan nak buat surat pun suruh aku. Ape die tak reti buat surat ke?”

Dush.. Bunyi itu memecah kesunyian pejabat. Bunyi yang datang dari kakak A, seorang “assistant” awal 30-an, cukup memeranjatkan ku. Apatah lagi, selama ni dia dikenali sebagai seorang yang agak sopan. Aku pun mendekati nye dan cuba memahami.

“Kenapa kak?”

“Aku pun tak faham la. Dia tahu yang kita tengah sibuk kerja. Banyak fail yang kita nak kene edit. Payment yang baru masuk pun kita belum settle kan lagi. Bla bla... Tulis surat pun nak suruh aku jugak? Aku tau, memang la keje aku. Tapi, consider la sikit. Aku pun manusia jugak.”

Aku pun cuba menolong sempurnakan tugas kakak A. Tanda simpati dan belas kasihan.

“Azam, ko bila dah jadi pegawai sok jangan jadi macam dia. Tak tau kesusahan pekerja bawahan. Janji kerja siap. Janji kerja sempurna. Huh..”

Sedikit senyuman ku lemparkan sambil mengangguk tanda faham.

Aku memuhasabah diri..

Ya Allah, adakah aku pernah melakukan seperti yang demikian? Menzalimi orang bawahan semasa ku berada di atas.. Memandang rendah orang bawahan sedangkan aku bermegah-megah dengan pangkat dan jawatan. Berburuksangka dan sombong kepada anak-anak buah sedangkan banyak lagi kelemahan ku yang Kau pelihara. Banyak lagi kecacatan yang ada pada ku Kau tutupi. Ya Allah.. Sob sob..

Semoga mendapat iktibar dan ibrah dari sedikit perkongsian.. WA’..


~Semuga yang sedikit mendatangkan munafa'at~

Monday, September 14, 2009

Protes anti-Islam makin menjadi-jadi



Kerajaan Britain menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran yang meletus antara penunjuk perasaan anti-Islam dengan kumpulan Muslim yang semakin kerap berlaku di beberapa kota besar negara itu.

Malah, Menteri Masyarakat, John Denham, menuduh penunjuk perasaan anti-Islam itu sengaja cuba menimbulkan kekacauan.


SEORANG lelaki membawa sepanduk membantah

pembinaan masjid dalam protes EDL di tengah Britain.


Dalam temu ramah dengan akhbar The Guardian, menteri itu dipetik sebagai berkata: "Taktik cuba menghasut agar berlaku tindakan balas dengan tujuan untuk mewujudkan keganasan lebih besar serta kekacauan sudah lama menjadi amalan kumpulan ekstremis dan berhaluan kanan."

Beliau merujuk kepada keganasan di Luton, Birmingham dan London sejak beberapa bulan lalu membabitkan kumpulan berhaluan kanan, termasuk Liga Pertahan Inggeris (EDL) dengan belia Muslim.

Denham bimbang, ia mengulangi keganasan pada 1936 selepas pemimpin fasis Britain, Oswald Mosley, mengetuai perarakan di kawasan padat penduduk Yahudi di East End, London.

Tetapi EDL menolak anggapan ia dipengaruhi fahaman fasis dan menegaskan ia hanya menentang militan Islam.


PENUNJUK perasaan EDL membawa sepanduk bermaksud

"Usir pelampau, pastikan keselamatan Britain" dalam protes di Birmingham.



Dalam laman webnya, kumpulan itu mendakwa keganasan tercetus kerana hasutan kumpulan Muslim dan puak berhaluan kiri.

Namun, jurucakap Majlis Muslim Britain (MCB), Inayat Bunglawala menyifatkan misi sebenar EDL bersifat anti-Muslim dan soal militan Islam hanya alasan.


"Mereka tidak menyokong perpaduan masyarakat," katanya.

Bunglawala menambah MCB, kumpulan payung bagi pertubuhan Muslim Britain, menyaksikan kejadian anti-Muslim yang semakin menjadi-jadi termasuk serangan ke atas masjid dalam tempoh beberapa bulan lalu.

"Keadaan ini amat membimbangkan," katanya.

Media di Britain melaporkan, EDL berasal dari Luton, bandar pelbagai etnik di utara London, yang menyaksikan tunjuk perasaan Muslim terhadap askar Britain yang kembali dari Iraq, Mac lalu.

Sekumpulan penduduk Muslim berjanggut berpiket ketika sambutan balik tentera berkenaan dan menaikkan sepanduk menuduh mereka 'penyembelih' dan 'pembunuh bayi'.

Ketegangan meningkat Mei lalu apabila demonstrasi kumpulan berhaluan kanan menggelarkan diri mereka 'Rakyat Bersatu Luton' menyebabkan premis perniagaan Asia Selatan diserang dan kereta mereka dipecahkan.

Bulan lalu, pengganti kumpulan berkenaan, EDL, cuba menganjurkan bantahan di Birmingham, apabila mereka bergaduh dengan penunjuk perasaan antifasis.


Sumber -


Thursday, August 27, 2009

Adakah sedar?



Gunakan peluang yang Allah berikan dengan sebaik mungkin. Jangan jadikan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja tanpa wujud peningkatan momentum ke arah pengislahan diri. Smuga Allah redha dan terima amal perbuatan kita semua..

Sunday, August 16, 2009

Begini rupanya dalam Ka'abah.

Sahabat-sahabat pernahkah terfikir, bagaimana rupa ka'abah dibahagian dalamnya?





Sumber

Saturday, August 15, 2009

Adakah Anda Mahu Tenggelam?

Dalam hidup bermasyarakat, seringkali kita tidak lekang dengan ungkapan privacy, kehidupan sendiri dan macam-macam lagi. Kita tidak suka jika perihal kita dan tata cara hidup kita diganggu gugat oleh orang lain. Bahkan dengan yang demikian timbullah peribahasa “jangan ganggu tepi kain orang”.

Tetapi sedarkah kita, bahawa dalam hidup bermasyarakat, kita bukanlah hidup berseorangan. Kita adalah ibarat sebuah kapal yang diketuai oleh ulil amri (pemimpin-pemimpin) yang terpercaya. Kapal dan bahtera masyarakat ini lah yang membawa kita sama ada ke arah kejayaan yang gemilang atau pun kehancuran.

Sungguhpun manusia ini hidup diatas daratan, tetapi selayaknya hidup kita adalah lautan yang penuh gelora dan tidak selalunya tenang. Maka Allah dan Rasul telah menetapkan aturan hidup yang cantik, indah dan sempurna sebagai jalan hidup.

Tetapi, malang dan sangat kesal sekali bilamana kita tidak menurut apa yang telah lama kita ketahui. Kita hanya pandai bercakap undang-undang Islam, hukum Islam dan macam-macam lagi tentang Islam. Tetapi, adakah Islam itu tertegak hanya dengan kata-kata tanpa apa-apa tindakan? Adakah tamadun Islam itu sendiri gah dengan ucapan-ucapan kosong?

Kalau lah benar Islam ini tertegak sebegitu mudah, Rasulullah tidak perlu berdakwah ke merata tempat. Kalaulah benar Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa makam sahabat banyak di serata pelusuk dunia. Kalaulah Islam ini tertegak dengan kata-kata, kenapa perlu mujahid setia mengangkat pedang menaikkan maruah Islam?

Islam ini bukan tertegak dengan kata-kata sahaja! Islam ini tertegak dengan perbuatan yang selaras dengan apa yang diucapkan berpandukan Quran dan Sunnah. Dan dalam kita hidup bermasyarakat juga, dalam bahtera perpaduan tidak kira anda agama apa pun, anda bayangkanlah, jika kapal yang anda naiki itu dilubangi atau dirosakkan oleh segolongan pihak.






Contohnya, ada segolongan lelaki cuba melubangkan lantai bahtera itu dan anda berdiri disitu, sedang suasana luar kapal itu penuh gelora dan lambungan ombak. Adakah anda akan berdiam diri? Adakah anda akan duduk disitu sahaja dan anda akan berkata, “Ini bukan hal aku. Aku tak buat apa pun. Biarlah diorang”.

Adakah anda akan berdiam diri kerana anda tahu yang jika kapal itu dilubangkan, maka anda akan turut tenggelam dan mungkin sekali anda juga bersalah kerana tidak mencegah apa yang dilakukan itu. Inilah masyarakat. Inilah yang sedang terjadi kepada masyarakat.

Bilamana pelaku kerosakan dan pembuat dosa dan maksiat bebas mengatakan yang urusan mereka adalah hak mereka sahaja, bahkan dengan lantang mengatakan, “Suka hati akulah. Kubur masing-masing. Aku tak susahkan orang lain”. Peminum arak, penzina, pelaku maksiat memang melakukan dosa itu sendiri tanpa mudharatkan orang lain secara zahirnya. Tetapi azab Allah tidak hanya tertimpa pada satu golongan manusia sahaja.

Mahukah nanti bilamana kita bertanya kepada Allah: “Ya Allah, kenapa aku diazab sedangkan aku tidak lakukan apa yang mereka lakukan??. Lalu Allah menjawab, “Apakah tanggungjawab mu yang telah Ku berikan ilmu dan hidayah sedangkan kau tak berani membetulkan kaum mu?”

Bilamana kapten kapal kita juga melakukan silap dalam menakhoda kapal itu bahkan kita ketahui yang kapal itu jika terus berada pada laluan yang diterajui nakhoda kapal itu akan menyebabkan kapal yang kita naiki akan karam, adakah kita akan mendiam diri bahkan mungkin sekali berkata, “Nakhoda hebat membawa kami ke jalan yang hebat”. Sedangkan kita tahu di hadapan penuh batu dan karang yang akan merobekkan badan kapal dan menyebabkan kita semua lemas. Adakah itu yang kita akan lakukan?

Sedarlah, kita ini adalah bahtera yang dirangkumkan menjadi satu ummat. Bilamana ada nya kemungkaran dimata kita dan tidak kita berani untuk mencegah bahkan tidak terasa untuk membenci, akan sampai satu ketika kapal ummat ini akan terus lemas dalam kejahilan sehingga sampai ummat yang akan menggantikan kita dan memerangi kejahilan itu. Fikirkanlah, adakah kamu akan menjadi ummat yang tenggelam atau yang akan membetulkan kapal ini?


"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami tenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)." [7:64]